Casio EX-ZR2000 Bedienungsanleitung Seite 53

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 225
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 52
53
Tutorial Syot Kilat
Bahan asing pada tetingkap denyar boleh bertindak balas dengan cahaya denyar,
menghasilkan sedikit asap dan bau yang tidak normal. Sungguhpun ini tidak
menandakan berlaku kerosakan, minyak daripada jari anda dan bahan asing lain
yang tertinggal pada tetingkap denyar boleh menjadi sukar untuk dibersihkan
kemudian. Oleh sebab itu, anda perlu menjadikannya satu kebiasaan untuk
sentiasa mengelap bersih tetingkap menggunakan kain lembut yang kering.
Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak menutup denyar.
Kesan yang diinginkan mungkin tidak diperoleh apabila subjek berada terlalu jauh
atau terlalu dekat.
Masa pengecasan denyar (halaman 222) bergantung pada keadaan pengendalian
(keadaan bateri, suhu sekeliling dsb.).
Menangkap gambar dengan denyar dimatikan ketika cahaya malap
memperlahankan kelajuan pengatup, yang boleh menyebabkan imej kabur
disebabkan oleh pergerakan kamera. Dalam keadaan sebegitu, tetapkan kamera
dengan tripod dsb.
Dengan pengurangan mata merah, denyar nyala secara automatik mengikut
pendedahan. Ia tidak nyala di kawasan yang mempunyai pencahayaan terang.
Kehadiran cahaya matahari luar, cahaya pendarfluor atau beberapa punca cahaya
lain boleh menyebabkan keluarbiasaan warna imej.
Pilih ? (Denyar Mati) untuk tetapan denyar apabila merakam di kawasan yang
melarang pengambilan gambar menggunakan denyar.
Mod denyar > (Denyar Auto) dan denyar ¥ (Kurangkan Mata Merah) tidak
disokong semasa A, S, atau M dipilih untuk mod rakaman. Jika anda ingin denyar
dinyalakan, pilih < (Denyar Hidup) sebagai mod denyar.
Pengurangan Mata Merah
Menggunakan denyar untuk menangkap gambar pada waktu malam atau di bilik
yang suram boleh menyebabkan tompok merah di dalam mata orang yang berada
dalam imej. Ini terjadi apabila lampu daripada denyar dipantulkan oleh retina mata.
Apabila pengurangan mata merah dipilih sebagai mod denyar, kamera menyalakan
pra-denyar untuk membuat iris di dalam mata orang dalam imej tertutup, lantas
mengurangkan kemungkinan mata merah.
Ambil perhatian mengenai perkara penting berikut apabila menggunakan
pengurangan mata merah.
Pengurangan mata merah tidak berkesan melainkan orang dalam imej
memandang tepat pada kamera (denyar).
Pengurangan mata merah mungkin tidak berkesan jika subjek berada terlalu jauh
daripada kamera.
Seitenansicht 52
1 2 ... 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 ... 224 225

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare