Casio EX-ZR2000 Bedienungsanleitung Seite 185

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 225
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 184
185
Lampiran
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC boleh merosakkannya, mewujudkan risiko
kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga
berikut.
Jangan letak objek berat di atas penyesuai USB-AC atau dipanaskan
secara langsung.
Jangan ubah suai penyesuai USB-AC, membiarkannya rosak, atau
membengkokkannya secara paksa.
Jangan belit atau tarik kord kuasa.
Apabila digunakan, letakkan kord di tempat yang ia tidak akan mengganggu
laluan.
Jangan sentuh palam kuasa semasa tangan anda basah. Perbuatan itu
mewujudkan risiko kejutan elektrik.
Jika kord kuasa atau palam kuasa rosak, hubungi peruncit atau pusat
perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC di kawasan yang cecair
* mungkin
tumpah di atasnya. Cecair mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik.
* Cecair: Air, minuman sukan, air laut, urin haiwan atau haiwan peliharaan, dsb.
Jangan letakkan pasu bunga atau sebarang bekas cecair di atas
penyesuai USB-AC. Air mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Jangan sentuh kamera atau penyesuai USB-AC semasa ribut kilat.
Jika kord kuasa disertakan bersama kamera anda
Kord kuasa yang dibekalkan dengan kamera direka bentuk untuk
kegunaan di negara tempat kamera itu dibeli. Jika anda menggunakan
kamera di negara lain, pastikan anda menggunakan kord kuasa yang
mematuhi penarafan dan voltan bekalan kuasa negara itu. Penggunaan kord
kuasa yang tidak betul mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Sebelum keluar, pastikan anda mencabut penyesuai USB-AC daripada
punca kuasa dan letakkannya di tempat yang jauh daripada objek yang
digunakan oleh haiwan dan binatang peliharaan. Haiwan atau binatang
peliharaan yang menggigit kord kuasa boleh menyebabkannya terpintas,
membawa kepada risiko kebakaran.
. Air dan Benda Asing
Air, cecair lain atau benda asing (terutamanya logam) yang termasuk ke
dalam kamera mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di
atas. Perhatian lebih diperlukan apabila menggunakan kamera semasa hujan
atau salji, berhampiran laut atau jasad air lain, atau di dalam bilik air.
1. Matikan kamera.
2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera,
cabut palam kuasa daripada soket dinding. Juga, keluarkan bateri daripada
kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan
terbakar.
3. Hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
*
AMARAN
-
"
+
-
%
1
+
+
%
Seitenansicht 184
1 2 ... 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 ... 224 225

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare