Casio EX-ZR2000 Bedienungsanleitung Seite 184

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 225
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 183
184
Lampiran
*
AMARAN
. Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan
lain
Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau
pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran
dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud
salah satu simptom di atas.
1. Matikan kamera.
2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera,
cabut palam kuasa daripada soket kuasa. Juga, keluarkan bateri daripada
kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan
terbakar.
3. Hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
. Jauhkan Daripada Api
Jangan mendedahkan kamera pada api, yang boleh menyebabkannya
meletup dan mewujudkan risiko kebakaran dan kecederaan pada diri
sendiri.
. Elakkan Penggunaan Semasa Bergerak
Jangan menggunakan kamera untuk merakam atau memain kembali
imej semasa memandu atau semasa berjalan. Melihat monitor semasa
sedang bergerak mewujudkan risiko kemalangan serius.
. Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain
Jangan sekali-kali gunakan fungsi yang mengeluarkan cahaya di
kawasan yang terdapat kemungkinan kebakaran atau adanya gas
letupan. Keadaan sebegitu mewujudkan risiko kebakaran atau letupan.
Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan
cahaya ke arah orang yang sedang mengendalikan kenderaan
bermotor. Perbuatan itu boleh mengganggu pemandangan pemandu
dan mengundang risiko kemalangan.
. Penyesuai USB-AC
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
Hanya gunakan penyesuai USB-AC yang ditentukan.
Jangan sekali-kali gunakan penyesuai USB-AC dengan peranti lain.
Gunakan punca kuasa yang sepadan dengan bekalan kuasa yang
ditentukan untuk penyesuai USB-AC.
Jangan sekali-kali pasang kord kuasa atau penyesuai USB-AC pada punca
kuasa yang dikongsi dengan peranti lain, atau ke dalam kord sambungan
berkongsi.
Jangan letakkan penyesuai USB-AC berhampiran tungku atau peranti
pemanas lain.
$
-
-
-
-
-
Seitenansicht 183
1 2 ... 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 ... 224 225

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare