Casio EX-ZR2000 Bedienungsanleitung Seite 38

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 225
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 37
38
Asas Mula Pantas
Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang
tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej.
Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal.
Untuk maklumat tentang imej yang dirakam menggunakan pengatup berterusan
(CS), lihat halaman 123.
Anda boleh melindungi imej daripada dipadam secara tidak sengaja, jika anda
mahu (halaman 177).
. Untuk memadam satu fail
1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN dan
kemudian tekan [2] ( ).
2. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga fail
yang anda mahu padam dipaparkan.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam” dan kemudian tekan
[SET].
Untuk memadam fail lain, ulang langkah 2 dan 3.
Untuk keluar daripada operasi padam, tekan [MENU].
Jika kumpulan CS (halaman 122) atau kumpulan syot selang (halaman 122)
dipaparkan semasa anda menjalankan prosedur di atas, kesemua imej dalam
kumpulan yang sedang dipaparkan akan dipadam.
. Untuk memadam fail tertentu
1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN dan kemudian tekan
[2] ( ).
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Fail” dan kemudian tekan
[SET].
Ini memaparkan skrin permilihan fail.
3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan sempadan
pemilihan ke fail yang anda mahu padam dan kemudian tekan [SET].
Ini akan menandakan petak semak di sudut kiri bawah imej fail yang dipilih dan
menggerakkan sempadan biru ke imej seterusnya.
Untuk membersihkan (nyahpilih) kotak semak, alihkan sempadan biru ke fail
berkaitan dan kemudian tekan [SET].
Anda boleh besarkan imej yang dipilih sebelum memadamnya dengan
memutar pengawal zum ke arah z ([).
Memadam Syot Kilat dan Filem
Seitenansicht 37
1 2 ... 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 ... 224 225

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare