
149
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Tanpa Wayar)
8.
Pilih “Aktifkan.” jika nada mahu menghantar semua imej yang direkodkan
pada kamera ke telefon pintar, atau “Jangan aktifkan.” jika anda tidak
mahu menghantar imej ke telefon pintar. Seterusnya, tekan [SET].
• Selepas kamera dipasangkan, operasi teknologi wayarles Bluetooth akan
menggunakan kuasa bateri walaupun ketika kamera dimatikan. Kerana itu, anda
disarankan supaya mengecas bateri kamera sebelum anda merancang untuk
menggunakannya.
• Menanggalkan bateri kamera akan menamatkan sambungan teknologi wayarles
Bluetooth. Bagaimanapun, sambungan akan dilakukan semula apabila anda
memasang bateri ke dalam kamera dan menghidupkan kuasa semula.
. Telefon pintar yang tidak menyokong Bluetooth low energy
Mengkonfigurasikan tetapan sambungan LAN tanpa wayar (input kamera SSID dan
kata laluan).
1. Tekan [W] (Tanpa Wayar).
2. Gunakan [8], [2], [4], atau [6] untuk
memilih “Rakam dengan telefon”, dan
kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih
“Permulaan Jauh” dan kemudian tekan
[SET].
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon
pintar dan kamera akan memaparkan skrin untuk input SSID dan kata laluan.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan kata laluan dan SSID
kamera.
Apabila mesej “Mulakan aplikasi telefon.” muncul pada skrin monitor kamera, ini
bermakna telefon pintar membuat sambungan wayarles dengan kamera.
• Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.
. Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak boleh mewujudkan
sambungan LAN tanpa wayar antara kamera dan telefon pintar.
Masalah ini boleh berlaku apabila telefon pintar sudah bersambung secara tanpa
wayar ke salah satu rangkaian atau peranti di bawah. Pergi ke tetapan Wi-Fi telefon
pintar anda dan pilih SSID kamera ini.
– LAN tanpa wayar rumah
– LAN tanpa wayar awam
– Peranti LAN tanpa wayar mudah alih
Kommentare zu diesen Handbüchern