Casio EX-ZR2000 Bedienungsanleitung Seite 25

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 225
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 24
25
Asas Mula Pantas
Anda tidak boleh menggunakan kamera untuk merakam imej ketika ia dicas
melalui sambungan USB kamera. Jika anda mahu merakam dengan kamera,
putuskan sambungan kabel USB.
Jika anda hidupkan kamera semasa mengecas menggunakan sambungan USB
kepada komputer, kamera akan mewujudkan sambungan USB dengan komputer.
Walaupun pengecasan normal biasanya diteruskan pada masa ini, jenis komputer
atau persekitaran sambungan tertentu mungkin berhenti mengecas jika kuasa
bekalan rendah. Ini akan ditunjukkan dengan lampu belakang menyala hijau.
Pengecasan tidak dilakukan semasa komputer yang disambungkan berada dalam
mod hibernasi.
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri kamera (NP-130A) tanpa mengeluarkannya dari kamera. Anda juga boleh
mengecas bateri menggunakan unit pengecas pilihan yang ada (BC-130L).
Model ini boleh diisi melalui spesifikasi port USB 2.0 sahaja.
Peranti bekalan kuasa dan peranti pengecasan USB tertakluk pada standard yang
ditetapkan. Penggunaan peranti kurang bermutu atau peranti yang tidak
memenuhi standard boleh menyebabkan kerosakan dan/atau kegagalan kamera
anda.
Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
Bateri yang masih panas sebaik sahaja selepas penggunaan biasa mungkin tidak
mengecas sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit walaupun semasa ia tidak dimuat dalam kamera. Kerana
itu, anda disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri kamera mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan
TV dan radio. Jika ini berlaku, pasang penyesuai USB-AC ke sumber kuasa yang
lebih jauh daripada TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Jangan menggunakan kord kuasa dengan peranti lain.
Hanya guna penyesuai USB-AC dan kabel USB yang dinyatakan dalam manual ini
untuk mengecas. Penggunaan sebarang jenis peranti lain mungkin mengakibatkan
pengecasan yang pincang.
Seitenansicht 24
1 2 ... 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 ... 224 225

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare