
98
Menggunakan BEST SHOT
Sebagai tambahan kepada Antigoncang optik, tekanan tunggal butang pengatup
semasa Antigoncang HS didayakan, menyebabkan kamera merakam berbilang imej
dan menggabungkannya secara automatik. Gunakan ciri ini untuk meminimumkan
imej kabur disebabkan oleh pergerakan kamera di bawah keadaan di mana
antigoncang optik tidak berfungsi atas sebab tertentu.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “HS Anti Shake (Antigoncang HS)”
(halaman 92).
2. Apabila anda telah sedia untuk menangkap, tekan butang pengatup.
• Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Flash Off (Denyar Mati)).
• Antigoncang HS mungkin tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan imej
kabur jika kamera dialihkan lebih jauh daripada julat yang dibenarkan atau jika
subjek bergerak semasa rakaman.
• Apabila merakam dengan pemandangan BEST SHOT ini, “ISO” (halaman 53) dan
“ISO High Limit (Had Tinggi ISO)” (halaman 120) ditetapkan pada “Auto”.
Kamera merakam sesiri imej dan kemudian menggabungkannya menjadi satu imej
akhir. Hasilnya ialah imej yang cerah, walaupun ditangkap dalam gelap tanpa denyar.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “HS Night Shot (Syot Malam HS)”
(halaman 92).
2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
• Berhati-hati supaya kamera dan subjek tidak bergerak semasa merakam.
• Anda seharusnya dapat melihat subjek di skrin monitor semasa menggubah
imej.
Merakam dengan Antigoncang Berkelajuan Tinggi
(Antigoncang HS)
Merakam Imej Cerah dalam Gelap tanpa Denyar
(Syot Malam HS)
Ditangkap dengan “Program Auto
(Auto Program)”, tanpa denyar
Ditangkap dengan “HS Night Shot
(Syot Malam HS)”
Kommentare zu diesen Handbüchern