
77
Tutorial Syot Kilat
5. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih pilihan Panel
Kawalan kelima dari atas, dan kemudian tekan [SET].
Keamatan kesan yang dipilih boleh dilaraskan seperti yang diterangkan di
bawah.
6. Gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan.
7. Tekan [SET].
8. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan,
pilih pemandangan itu menggunakan sempadan pada menu
pemandangan, dan kemudian putar pengawal zum ke
mana-mana arah.
• Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal
zum semula.
• Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [4] dan
[6].
• Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang
dipilih, tekan [SET].
Pemandangan Pelarasan
HDR Art (Seni HDR) Tahap kesan
Toy Camera (Kamera Mainan) Rona
Soft Focus (Fokus Lembut) Tahap kesan
Light Tone (Tona Lembut) Rona
Pop (Terserlah) Tahap kesan
Sepia (Sepia) Tahap kesan
Monochrome (Monokrom) Tahap kesan
Miniature (Miniatur) Kawasan fokus
Fisheye (Mata ikan) Tahap kesan
Sparkling Shot (Syot Berkilau) Jenis kesan
Crystal ball (Bola kristal) Jenis kesan
Kommentare zu diesen Handbüchern