
83
Merakam Filem
• Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan.
Kamera mungkin secara automatik melaras kecerahan skrin monitornya untuk
mengurangkan penghasilan haba.
• Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat bersuhu tinggi boleh
menyebabkan hingar digital (tompok cahaya) muncul dalam imej filem.
Peningkatan suhu di dalam kamera juga mungkin menyebabkan rakaman filem
dihentikan secara automatik. Jika ini berlaku, berhenti merakam dan biarkan
kamera menyejuk, dan operasi normal boleh diteruskan selepas itu.
• Menggunakan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Di mana mungkin gunakan kad memori Ultra
High-Speed Type. Namun ambil perhatian bahawa bukan semua operasi boleh
dijamin walaupun kad memori Ultra High-Speed Type digunakan. Tetapan kualiti
filem tertentu mungkin mengakibatkan masa yang lama digunakan untuk merakam
data, di mana ini boleh menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio semasa
main semula. Jika ini berlaku, Y akan bertukar menjadi kuning pada skrin
monitor.
• Operasi zum disokong semasa rakaman filem (halaman 59). Zum dinyahdayakan
semasa rakaman filem berkelajuan tinggi. Untuk menggunakan zum untuk
rakaman filem berkelajuan tinggi, lakukan operasi zum sebelum anda menekan
[0] (Filem) untuk mula merakam.
• Zum SR Tunggal (halaman 63) dan Zum Berbilang SR (halaman 64)
dinyahdayakan semasa rakaman filem.
• Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam
pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar. Oleh sebab itu, penggunaan
tripod amat disarankan dalam keadaan ini.
• Kecuali Filem Berkelajuan Tinggi, AF Berterusan (halaman 125) dijalankan
semasa rakaman filem dengan “AF” (Fokus Auto) atau “Macro (Makro)” dipilih
untuk tetapan “Focus (Fokus)”.
• Pengecaman muka dinyahdayakan semasa perakaman filem FHD dan STD
normal, dan filem berkelajuan tinggi. Pengecaman Muka didayakan apabila
merakam filem dengan PRO Auto Premium (FHD dan STD).
• Fungsi berikut tidak menyokong rakaman filem.
Beberapa pemandangan BEST SHOT, beberapa pemandangan ART SHOT, Time
Lapse (Selang Masa), Intelligent Bracketing (Kumpulan Pintar)
Kommentare zu diesen Handbüchern