
186
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Fail Imej yang Disokong
• Fail imej yang ditangkap dengan kamera ini
• Fail imej komplian DCF
Kamera ini mungkin tidak dapat memaparkan imej, walaupun ia komplian DCF.
Apabila memaparkan imej yang dirakam pada kamera lain, ia mungkin mengambil
masa yang lama untuk imej muncul pada skrin monitor kamera ini.
. Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad
Memori
• Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin
folder DCIM dan semua kandungannya. Cara yang baik untuk menjejaki beberapa
salinan folder DCIM ialah dengan menukar namanya kepada tarikh atau sesuatu
yang serupa setelah anda menyalinnya ke komputer anda. Namun jika nanti anda
memutuskan mengembalikan folder DCIM ke kamera, pastikan menukar namanya
kembali ke DCIM. Kamera direka untuk mengenali hanya fail akar dengan nama
DCIM. Ingat bahawa kamera juga tidak akan dapat mengenal folder dalam folder
DCIM melainkan ia mempunyai nama yang dipunyainya dulu ketika anda
menyalinnya daripada kamera ke komputer anda.
• Folder dan fail mesti disimpan mengikut “Struktur Folder Memori” ditunjukkan di
halaman 185 untuk kamera mengenali mereka dengan betul.
Kommentare zu diesen Handbüchern