
57
Tutorial Syot Kilat
4. Tekan butang pengatup sepenuhnya untuk menangkap.
• Untuk maklumat mengenai Jarak Denyar, lihat halaman 229.
• Apabila tidak menggunakan denyar, tekan ke bawah unit
denyar sehingga ia terkunci dengan bunyi klik.
• Unit denyar terbuka secara automatik, jadi pastikan
tangan anda tidak menekan di atasnya. Selain itu,
pastikan juga tiada tekanan dikenakan pada unit denyar
semasa ia terbuka.
• Bahan asing pada tetingkap denyar boleh bertindak balas
dengan cahaya denyar, menghasilkan sedikit asap dan
bau yang tidak normal. Sungguhpun ini tidak menandakan berlaku kerosakan,
minyak daripada jari anda dan bahan asing lain yang tertinggal pada tetingkap
denyar boleh menjadi sukar untuk dibersihkan kemudian. Oleh sebab itu, anda
perlu menjadikannya satu kebiasaan untuk sentiasa mengelap bersih tetingkap
menggunakan kain lembut yang kering.
• Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak menutup denyar.
• Kesan yang diinginkan mungkin tidak diperoleh apabila subjek berada terlalu jauh
atau terlalu dekat.
• Masa pengecasan denyar (halaman 229) bergantung pada keadaan pengendalian
(keadaan bateri, suhu sekeliling dsb.).
• Menangkap gambar dengan denyar dimatikan ketika cahaya malap
memperlahankan kelajuan pengatup, yang boleh menyebabkan imej kabur
disebabkan oleh pergerakan kamera. Dalam keadaan sebegitu, tetapkan kamera
dengan tripod dsb.
• Dengan pengurangan mata merah, denyar nyala secara automatik mengikut
pendedahan. Ia tidak nyala di kawasan yang mempunyai pencahayaan terang.
• Kehadiran cahaya matahari luar, cahaya pendarfluor atau beberapa punca cahaya
lain boleh menyebabkan keluarbiasaan warna imej.
• Pilih ? (Flash Off (Denyar Mati)) untuk tetapan denyar apabila merakam di
kawasan yang melarang pengambilan gambar menggunakan denyar.
• Mod denyar > (Auto Flash (Denyar Auto)) dan denyar ¥ (Red Eye Reduction
(Kurangkan Mata Merah)) tidak disokong semasa A, S, atau M dipilih untuk mod
rakaman. Jika anda ingin denyar dinyalakan, pilih < (Flash On (Denyar Hidup))
sebagai mod denyar.
Lampu belakang
Berkelip ambar apabila denyar sedang
mengecas untuk menunjukkan rakaman imej
dinyahdaya.
• Anda tidak akan boleh mengambil syot kilat
dengan denyar sehingga lampu berhenti
berkelip ambar, yang menyatakan
pengecasan selesai.
< menunjukkan denyar akan nyala.
Kommentare zu diesen Handbüchern