
150
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
[p] (MAIN) * Paparkan salah satu filem yang ingin digabungkan. *
[MENU] * “p PLAY MENU” Tab * Movie Merge (Gabungan Filem)
Prosedur ini menggabungkan dua filem. Masa main bagi setiap filem mesti kurang
daripada 10 minit, dan dua filem itu mestilah mempunyai kualiti dan kadar kerangka
yang sama. Perhatian, penggabungan dua Filem Berkelajuan Tinggi tidak disokong.
1. Gunakan [4] dan [6] bagi memilih filem yang ingin digabungkan
dengan filem yang dipaparkan apabila anda menekan [MENU].
Hanya filem yang boleh digabungkan dengan (yang mempunyai kualiti dan kadar
kerangka yang sama) filem yang dipaparkan apabila anda menekan [MENU]
akan dipaparkan.
2.
Gunakan [
8
] dan [
2
] untuk memilih “Create (Cipta)” dan kemudian
tekan [SET].
Ini akan menghasilkan filem baharu daripada gabungan filem yang dipaparkan
apabila anda menekan [MENU] dan filem yang anda pilih dalam langkah 1, di atas.
• Dua filem asal tidak akan terjejas.
• Dalam kes filem berkualiti FHD atau HD, sesetengah filem mungkin tidak boleh
digabungkan kerana perbezaan kadar kerangka disebabkan oleh mod rakaman,
atau ART SHOT atau pemandangan Selang Masa digunakan.
• Syot filem dengan model kamera lain tidak boleh digabungkan dengan fungsi ini.
• Filem asal tidak terjejas apabila digabungkan. Pastikan kad memori yang anda
gunakan mempunyai ruang kosong yang mencukupi sebelum menggunakan
fungsi ini.
• Bergantung pada filem, operasi gabung mengambil sedikit masa untuk selesai.
[p] (MAIN) * Skrin Filem * [MENU] * “p PLAY MENU” Tab *
MOTION PRINT
1. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal bingkai filem dam memaparkan
bingkai yang mahu digunakan sebagai imej bagi imej CETAKAN
GERAKAN.
Menekan dan menahan [4] atau [6] akan menatal dengan laju.
• Anda juga boleh melaksanakan operasi ini menggunakan gelang fungsi.
Untuk gabungkan dua filem (Gabung Filem)
Mencipta Syot Kilat Bingkai Filem (CETAKAN GERAKAN)
Kommentare zu diesen Handbüchern