
38
Asas Mula Pantas
. Merakam dengan PRO Auto Premium
• Sesetengah item menu tidak tersedia semasa PRO Auto Premium sedang
digunakan (halaman 107). Hanya item menu yang tetapannya boleh
dikonfigurasikan akan dipaparkan pada menu semasa PRO Auto Premium sedang
digunakan.
• Selain kelajuan pengatup, bukaan dan kepekaan ISO, kamera secara automatik
melakukan operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan PRO
Auto Premium.
– Pengatup AF (halaman 125)
– Pengecaman Muka (halaman 123)
– Rakaman Pemandangan HS (halaman 38)
• Merakam dengan PRO Auto Premium boleh menyebabkan getaran dan hingar
berlaku kerana operasi kanta. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
• Apabila merakam dengan PRO Auto Premium, mesej “Processing Premium Auto.
(Memproses Auto Premium.)” mungkin muncul di skrin monitor. Jika anda rasa
kamera mengambil masa terlalu lama untuk memproses data, cuba merakam
dengan Auto standard pula.
• Dalam sesetengah kes, PRO Auto Premium mungkin tidak dapat mentafsir
persekitaran rakaman dengan betul. Jika ini berlaku, rakam dengan Auto standard.
•Jika “Š” dipaparkan, kamera akan merakam sesiri imej CS dan
menggabungkannya menjadi satu imej akhir. Berhati-hati supaya tiada sebarang
pergerakan kamera dan subjek sehingga rakaman semua imej CS selesai.
Jika anda tidak mahu menangkap imej CS, pilih “Off (Mati)” untuk item “HS Scene
Shooting (Rakaman Pemandangan HS)” Panel Kawalan (halaman 45).
• Sesetengah tetapan denyar (halaman 56) boleh mengehadkan faktor persekitaran
yang boleh dikesan oleh PRO Auto Premium.
Kommentare zu diesen Handbüchern