
93
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Kongsi gambar yang dipilih untuk melihat pada telefon pintar yang tidak dipasangkan
dengan kamera. Dengan Kongsi Satu Kali, anda boleh menghantar syot kilat yang
dipilih ke telefon pintar yang dipasangkan melalui Bluetooth, yang kemudian memuat
naiknya ke “Pelayan Scene.” Untuk memuat naik syot kilat ke pelayan Scene, anda
memerlukan aplikasi Scene yang dipasang pada telefon pintar yang dipasangkan
dengan kamera.
• Telefon pintar anda mesti mempunyai capaian Internet untuk menggunakan fungsi
ini. Jika kamera anda dipasangkan dengan iPhone (iOS), anda juga perlu
menggunakan iPhone untuk mengakses skrin tetapan EXILIM Connect dan
memautkan dengan aplikasi Scene sebelum menggunakan fungsi ini. Untuk
maklumat tentang cara mengkonfigurasikan tetapan, rujuk EXILIM Connect
Panduan Pengguna (halaman 85).
1. Sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh “ ”.
3. Sentuh syot kilat yang anda ingin kongsikan.
Memilih imej menyebabkan tanda semak muncul dalam kotak semaknya.
4. Selepas memilih semua syot kilat yang anda ingin
kongsi, sentuh “OK”.
Ini akan menyebabkan imej yang anda pilih dihantar ke
telefon pintar, yang kemudiannya akan memuat naiknya
ke Pelayan Scene.
• Kod QR akan muncul pada skrin monitor kamera
apabila penghantaran imej ke telefon pintar bermula.
• Jika operasi hantar mengambil masa yang panjang,
skrin kod QR akan bertukar kepada mesej
penghantaran sedang berlangsung. Untuk
menghentikan operasi hantar semasa mesej ini
dipaparkan, sentuh “Selesai”.
• Mesej ralat akan muncul pada skrin monitor kamera jika operasi hantar tidak
berjaya atas sesuatu sebab.
• Mesej pengesahan akan muncul pada skrin monitor jika anda cuba mematikan
kamera semasa skrin kod QR dipaparkan. Jangan matikan kuasa sehingga
operasi penghantaran selesai.
5. Menggunakan telefon pintar yang akan digunakan untuk mengongsi
syot kilat, baca kod QR daripada skrin monitor kamera.
• Telefon pintar anda mesti mempunyai fungsi pembaca kod QR untuk
membaca kod QR.
Berkongsi Syot Kilat dengan Telefon Pintar Tidak
Berpasangan (Kongsi Satu Kali)
Kommentare zu diesen Handbüchern