
44
Merakam Imej
Syot Gaya membolehkan anda merakam lima syot kilat berturutan, sambil kamera
memberikan anda panduan suara untuk setiap rakaman. Ini membolehkan anda
bergaya untuk setiap rakaman.
1. Dalam mod RKM, sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh ikon mod rakaman.
3. Sentuh “ ” (Syot Gaya).
4. Tekan butang pengatup untuk memulakan rakaman.
Rakam mengikut bimbingan suara dari kamera.
• Untuk melaraskan kelantangan bimbingan suara, gunakan tetapan “Kelantgn
Gaya” di bawah “Bunyi” (halaman 114).
• Untuk menghentikan operasi Syot Gaya yang sedang berjalan, tekan butang
pengatup atau sentuh skrin monitor.
• Perhatian, imej pratonton tidak dipaparkan semasa merakam dengan fungsi ini.
. Mengubah Jenis Bimbingan Suara
Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk memilih satu daripada lima jenis
bimbingan suara yang berbunyi semasa anda merakam.
1. Sentuh “ ” (Corak).
2. Sentuh nombor pada bimbingan suara yang anda ingin gunakan.
Ini akan menyebabkan suara yang sepadan berbunyi.
3. Selepas memilih jenis bimbingan suara yang anda ingin gunakan,
sentuh “OK”.
Merakam dengan Syot Gaya (Syot Gaya)
Kommentare zu diesen Handbüchern