
131
Lampiran
. Langkah Berjaga-jaga Semasa Penggunaan Fungsi Wayarles
(Wayarles LAN, Teknologi Wayarles Bluetooth)
• Pengendalian produk ini mungkin menjejaskan atau mungkin terjejas oleh peranti
berdekatan yang menggunakan fungsian wayarles.
• Produk ini tertakluk kepada Peraturan Pentadbiran Eksport (EAR) Amerika
Syarikat, dan oleh itu tidak boleh dieksport atau di bawa masuk ke negara di
bawah Sekatan dan Kawalan Khas Lain A.S.
Pintasan penghantaran radio
Gelombang radio yang digunakan untuk menghantar dan menerima data boleh
dipintas oleh pihak ketiga.
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti wayarles
Gunakan fungsi wayarles produk ini hanya seperti yang diterangkan dalam manual
ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan CASIO
COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi sebarang
kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Kemagnetan, cas elektrostatik, dan gangguan radio
Jangan guna produk ini berhampiran ketuhar gelombang mikro atau di tempat lain
yang menghasilkan kemagnetan, cas elektrostatik, atau gangguan radio. Penerimaan
gelombang radio mungkin terjejas dalam persekitaran tertentu.
Juga ambil perhatian bahawa peranti lain yang menggunakan jalur 2.4GHz yang
sama digunakan produk ini boleh menyebabkan kelajuan pemprosesan dikurangkan
dalam kedua-dua peranti.
Sambungan ke LAN awam
Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN
wayarles awam.
Kawasan Penggunaan Sasaran
Kamera ini dibuat untuk kegunaan di negara atau kawasan yang disenaraikan di
laman web yang dipautkan di bawah.
http://world.casio.com/r-law/dc/
Walaupun anda berada di negara atau kawasan yang disenaraikan di laman web yang
dipautkan di atas dan walaupun model kamera anda sama seperti yang diterangkan
dalam manual ini, kamera anda mungkin tidak mematuhi undang-undang radio dan
undang-undang lain di kawasan atau negara anda sekiranya anda membeli model
yang dikeluarkan untuk negara atau kawasan lain melalui Internet, dll. Dalam kes ini,
terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada kamera anda boleh
digunakan di negara atau kawasan anda tanpa menyalahi undang-undang.
Penggunaan kamera ini di negara atau kawasan selain daripada tempat ia telah
dibeli pada asalnya membawa risiko pelanggaran undang-undang radio tempatan
dan undang-undang lain. Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD.
tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang cara untuk sebarang pelanggaran.
Kommentare zu diesen Handbüchern