
25
Asas Mula Pantas
Kali pertama anda menghidupkan kamera, satu skrin akan muncul untuk
mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa. Kegagalan menetapkan
tarikh dan masa dengan betul akan menyebabkan data tarikh dan masa yang salah
dirakam bersama imej.
• Skrin untuk pemilihan bahasa tidak akan muncul pada langkah 2 prosedur di
bawah jika anda membeli kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun. Untuk
menukar bahasa paparan daripada bahasa Jepun dalam kes ini, gunakan
prosedur di bawah “Menentukan Bahasa Paparan (Bahasa)” (halaman 118). Harap
maklum bahawa versi manual ini dalam bahasa yang anda pilih mungkin tidak
disertakan bersama kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun.
• Model kamera yang dijual di kawasan geografi tertentu mungkin tidak menyokong
pemilihan bahasa paparan.
1. Tekan [p] (Kuasa) untuk menghidupkan
kamera.
Ini memaparkan skrin permulaan.
2. Seret (halaman 18) ke atas dan ke bawah
sehingga anda jumpa bahasa yang anda
inginkan, dan kemudian sentuh untuk
memilihnya.
3. Sentuh format paparan tarikh yang anda
inginkan.
Contoh: 10 Julai 2017
TT/BB/HH
* 17/7/10
HH/BB/TT
* 10/7/17
BB/HH/TT
* 7/10/17
4. Sentuh nilai yang anda ingin tukar (tahun, bulan,
hari, jam, minit).
5. Sentuh “ ”, “ ” untuk menukar nilai semasa
yang dipilih.
• Bagi menukar antara format 12-jam dan 24-jam, sentuh
ikon suis 12/24 jam.
6. Apabila tetapan tarikh dan masa sudah seperti
yang anda inginkan, sentuh “OK”.
Mengkonfigurasi Tetapan Asas Kali Pertama Anda
Menghidupkan Kamera
Kommentare zu diesen Handbüchern