Casio EX-TR80 Bedienungsanleitung Seite 27

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 159
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 26
27
Asas Mula Pantas
Walaupun kamera mempunyai memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk
menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia
secara komersial untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad
memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad
memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina
dalam.
Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 153.
Kad Memori microSD
Kad Memori microSDHC
Kad Memori microSDXC
Di atas adalah jenis kad memori yang disokong sehingga bulan
Disember 2016.
Kamera ini menyokong penggunaan kad memori microSD daripada jenis dan
kapasiti berikut: kad memori microSD sehingga 2 GB; kad memori microSDHC
lebih besar daripada 2 GB sehingga 32 GB; kad memori microSDXC lebih besar
daripada 32 GB sehingga 2 TB. Ambil perhatian bahawa keupayaan untuk
menggunakan mana-mana kad tertentu dengan kamera ini, walaupun ia
memenuhi keperluan kapasiti dan jenis di atas, adalah tidak dijamin.
. Peringatan Pengendalian Kad Memori
Sesetengah jenis kad memori boleh melambatkan kelajuan pemprosesan.
Khususnya, filem berkualiti tinggi mungkin tidak boleh disimpan dengan betul.
Memori kad yang perlahan mungkin mengambil masa yang lama untuk merakam
data dan menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio ketika dimain semula.
Apabila ini berlaku “ ” (Henti Filem) akan menjadi “ ”.
Menyediakan Kad Memori
Kad Memori yang Disokong
Amaran!
0 Kad memori adalah kecil dan mempunyai risiko ditelan secara tidak sengaja
oleh bayi dan kanak-kanak. Jauhkan kad memori daripada bayi dan kanak-
kanak. Jika kad memori ditelan secara tidak sengaja, hubungi doktor
dengan segera.
+
*
Seitenansicht 26
1 2 ... 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 ... 158 159

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare