Casio eX-10 Bedienungsanleitung Seite 93

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 229
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 92
93
Menggunakan BEST SHOT
Fungsi ini menganalisis letusan imej berturutan dan kemudian mengaburkan latar
belakang di belakang subjek utama. Ini menghasilkan kesan yang benar-benar
menonjolkan subjek, sama seperti gambar yang diambil dengan kamera refleks satu
kanta. Kesan kabur boleh ditetapkan kepada satu daripada tiga tahap.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Blurred Background (Latar Belakang
Kabur)” (halaman 89).
2. Tekan [SET], dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk memilih
pilihan Panel Kawalan (Blur Effect (Kesan Kabur)), dan kemudian
tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tahap Kabur yang anda mahu, dan
kemudian tekan [SET].
Tahap Kabur Imej boleh ditetapkan kepada Tahap 1, Tahap 2, atau Tahap 3.
4. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Sila berada serapat mungkin dengan subjek. Selain itu, latar belakang mesti
sejauh mungkin dari subjek. Jarak yang diperlukan bergantung pada faktor
zum yang digunakan.
Dengan fungsi ini, tetapan denyar secara automatik menjadi ? (Flash Off
(Denyar Mati)).
Menangkap dengan fungsi ini secara automatik menetapkan Antigoncang kepada
“Standard” (halaman 114), tetapi pergerakan besar kamera atau subjek
menyebabkan anda tidak mendapat hasil yang diingini.
Jika kamera menentukan ia tidak dapat mengkaburkan latar belakang imej atas
sebab-sebab tertentu, ia akan memaparkan imej “Blurring failed. Normal
background recorded. (Pengaburan gagal. Latar belakang normal dirakam.)”.
Namun, sila ambil perhatian, imej tetap akan disimpan, walaupun pengaburan latar
belakang tidak boleh dilakukan.
Merakam dengan Latar Belakang Kabur
(Latar Belakang Kabur)
Ditangkap dengan “Program Auto
(Auto Program)”.
Ditangkap dengan “Blurred
Background (Latar Belakang Kabur)”.
Contoh : Apabila zum ditetapkan kepada lebar penuh (W), jarak antara kamera
dengan subjek mesti 30 sm, manakala jarak antara subjek dengan
latar belakang mesti sekurang-kurangnya 1 meter.
Seitenansicht 92
1 2 ... 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 ... 228 229

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare