
144
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Yes (Ya)” dan kemudian tekan
[SET].
Operasi potong yang dipilih akan mengambil sedikit masa untuk selesai.
Jangan cuba lakukan operasi kamera sehingga mesej “Busy... Please wait...
(Sedang sibuk... Sila tunggu...)” hilang dari skrin monitor. Sila maklum bahawa
operasi potong mungkin mengambil masa yang lama jika filem yang diedit terlalu
panjang.
• Apabila anda mengedit filem, hanya hasilnya disimpan. Filem asal tidak disimpan.
Operasi edit tidak boleh dibuat asal.
• Filem yang lebih pendek dari lima saat tidak boleh diedit.
• Mengedit filem yang dirakam dengan jenis kamera lain tidak disokong.
• Anda tidak dapat mengedit filem jika amaun baki kapasiti ingatan kurang daripada
saiz fail filem yang anda ingin edit. Jika tidak cukup ingatan, padam fail yang anda
tidak perlukan untuk mengosongkannya.
• Anda juga boleh mulakan operasi mengedit filem semasa filem yang anda ingin
edit dimain semula. Apabila main semula sampai ke bingkai yang anda mahu
potong, tekan [SET] bagi mempegunkan main semula. Seterusnya, tekan [2] bagi
memaparkan menu pilihan edit. Jalankan pengeditan menggunakan prosedur
seperti yang diterangkan di atas.
Kommentare zu diesen Handbüchern