
114
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Anti Shake (Antigoncang)
Anda boleh menghidupkan ciri Antigoncang kamera untuk mengurangkan kekaburan
imej disebabkan oleh pergerakan subjek atau pergerakan kamera semasa merakam
subjek bergerak menggunakan telefoto, apabila merakam subjek yang bergerak
pantas atau apabila merakam di bawah keadaan pencahayaan kelam.
• Hanya pembetulan goncangan kamera boleh digunakan semasa rakaman filem
FHD dan STD.
• Pembetulan antigoncang tidak disokong semasa rakaman Filem Berkelajuan
Tinggi, Filem Seni HDR, atau Time Lapse (Selang Masa).
• Apabila Antigoncang didayakan dan “Auto” dipilih untuk “ISO” (halaman 51),
kepekaan ISO, apertur, dan kelajuan pengatup tidak akan muncul di skrin monitor
apabila anda menekan separuh butang pengatup. Nilai-nilai ini akan kelihatan di
paparan imej sejurus selepas ia ditangkap.
• Penggambaran dengan Antigoncang didayakan boleh menyebabkan imej
kelihatan agak kasar daripada biasa dan boleh menyebabkan sedikit kemerosotan
resolusi imej.
• Antigoncang mungkin tidak boleh menghapuskan kesan pergerakan kamera atau
subjek apabila pergerakan terlalu kencang.
Mengurangkan Kesan Pergerakan Kamera dan Subjek
(Antigoncang)
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Penerangan
Strong
(Kuat)
Pemprosesan Antigoncang Tahap Tinggi boleh
meminimumkan kesan pergerakan tangan dan subjek,
namun bergantung pada mod rakaman yang anda
gunakan.
Tetapan ini boleh digunakan semasa mod rakaman
adalah Program Auto (Auto Program) (kecuali untuk
CS Berkelajuan Tinggi), Premium Auto Pro (PRO Auto
Premium) atau HS Anti Shake (Antigoncang HS).
Standard
Mengurangkan kesan pergerakan tangan dan subjek
dengan ketara.
Off (Mati) Tiada Matikan tetapan Antigoncang.
DEMO
Menekan separa butang pengatup menunjukkan
kesan Antigoncang. Walau bagaimanapun, imej tidak
terakam. Tetapan ini boleh digunakan hanya apabila
Auto Program dipilih sebagai mod rakaman.
Kommentare zu diesen Handbüchern