Casio eX-10 Bedienungsanleitung Seite 70

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 229
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 69
70
Tutorial Syot Kilat
Dengan Mod Bebas Tangan, kamera mencetuskan
kiraan pemasa kendiri secara automatik apabila ia
mengesan pergerakan di sekitar ikon di skrin monitor.
Ini bermakna, anda boleh mengawal operasi pemasa
kendiri dari jauh dengan melambai tangan anda, supaya
anda masuk dalam imej yang dirakam.
1. Pilih satu daripada berikut sebagai mod
rakaman: Program Auto (Auto Program),
Premium Auto Pro (PRO Auto Premium), atau HS Best Selection
(Pilihan Terbaik HS) atau Brightening (Pencerahan) (pemandangan
BEST SHOT).
Rakaman filem dinyahdayakan ketika HS Best Selection (Pilihan Terbaik HS)
pemandangan BEST SHOT digunakan.
2. Sengetkan skrin monitor kamera ke atas 180 darjah (halaman 19).
Di bawah tetapan lalai kilang asal, kamera akan memasuki Mod Bebas Tangan
secara automatik apabila skrin monitor disengetkan ke atas 180 darjah.
3. Putarkan gelang fungsi untuk mengubah kedudukan ikon mula pemasa
kendiri “ ” ke lokasi dalam imej di mana anda mahu pergerakan
dikesan.
Jika anda juga mahu mengubah kedudukan ikon pratonton “ , tekan [RING]
dan kemudian putarkan gelang fungsi.
4. Apabila ikon berada di kedudukan yang anda mahu, tekan [SET].
5. Tekan butang pengatup (jika anda mahu merakam syot kilat) atau [0]
(Filem) (jika anda mahu merakam filem).
Ikon pemasa kendiri mula akan berubah kepada “ ” untuk menunjukkan
kamera dalam mod tunggu sedia untuk merakam.
6. Menghadap kamera, gerakkan tangan atau lakukan pergerakan lain
dalam kawasan ikon (mulakan pemasa kendiri) di skrin monitor.
Apabila kamera mengesan pergerakan berhampiran ikon itu, ia akan menangkap
imej secara automatik.
Untuk memberhentikan rakaman filem, tekan [0] (Filem) sekali lagi.
Dalam kes penangkapan syot kilat, kamera akan kembali kepada tunggu sedia
selepas imej ditangkap. Kamera akan keluar dari mod tunggu sedia secara
automatik selepas 30 syot kilat ditangkap menggunakan Mod Bebas Tangan.
Mencetuskan Operasi Pemasa Kendiri dengan Gerakan
(Bebas Tangan)
Seitenansicht 69
1 2 ... 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 ... 228 229

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare