Casio eX-10 Bedienungsanleitung Seite 29

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 229
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 28
29
Asas Mula Pantas
Walaupun kamera memiliki memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk
menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia
secara komersil untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad
memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad
memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina
dalam.
Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 222.
Kad Memori SD
Kad Memori SDHC
Kad Memori SDXC
Gunakan satu daripada jenis kad memori di atas.
Di atas adalah jenis kad memori yang disokong sehingga bulan Oktober 2013.
Kamera ini menyokong penggunaan kad memori SD daripada jenis dan kapasiti
berikut: kad memori SD sehingga 2 GB, kad memori SDHC daripada 2 GB
sehingga 32 GB, kad memori SDXC daripada 32 GB sehingga 2 TB.
Ambil perhatian bahawa keupayaan untuk menggunakan mana-mana kad tertentu
dengan kamera ini, walaupun ia memenuhi keperluan kapasiti dan jenis di atas,
adalah tidak dijamin.
. Peringatan Pengendalian Kad Memori
Sesetengah jenis kad boleh memperlahankan kelajuan pemprosesan, malah boleh
menyebabkan kamera tidak boleh menyimpan filem Berkualiti Tinggi dengan betul.
Selain itu, penggunaan jenis kad memori yang tertentu melambatkan pemindahan
data dan menambah masa yang diperlukan untuk merakam data filem, yang akan
menyebabkan bingkai filem berkurang. Penunjuk Y pada skrin monitor bertukar
kuning bagi menunjukkan bingkai berkurang. Bagi mengelakkan masalah seperti ini,
penggunaan kad memori Ultra High Speed Type SD adalah digalakkan. Perhatian,
walaubagaimanapun CASIO tidak memberikan jaminan sebarang operasi kad
memori Ultra High Speed Type SD yang digunakan bersama kamera ini.
Menyediakan Kad Memori
Kad Memori yang Disokong
Seitenansicht 28
1 2 ... 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 ... 228 229

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare