
98
Menggunakan BEST SHOT
Dengan HDR (Julat Dinamik Tinggi), kamera merakam sesiri imej CS menggunakan
tetapan pendedahan berbeza dan menggabungkannya menjadi imej akhir untuk
membetulkan pendedahan lampau atau pendedahan kurang subjek dalam tahap
kecerahan berbeza.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “HDR” (halaman 91).
2. Tekan [SET] dan kemudian pilih opsyen Panel Kawalan (HDR)
(halaman 43).
3. Pilih tetapan Tahap HDR yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
• Anda boleh memilih satu daripada tiga tahap HDR.
• HDR berfungsi paling baik apabila merakam dengan kamera yang dicagakkan di
atas tripod.
• Merakam dengan fungsi ini menyebabkan tetapan denyar bertukar secara
automatik kepada ? (Denyar Mati).
• Pembetulan Anti Goncang dilakukan untuk menggantikan pergerakan kamera
semasa merakam dengan fungsi ini dalam kawasan imej yang lebih sempit
daripada biasa.
• Kesan HDR yang diingini mungkin tidak dapat diperoleh jika kamera atau subjek
bergerak semasa rakaman.
Pembetulan Pendedahan Lampau dan Pendedahan Kurang
Secara Digital (HDR)
Kommentare zu diesen Handbüchern