
17
Asas Mula Pantas
Asas Mula Pantas
Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk
memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut.
Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda
Rakaman Potret Diri
Skrin monitor boleh disengetkan ke atas sehingga 180
darjah yang membenarkan paparan semasa merakam
potret diri. Rakaman potret diri juga menjadi lebih
mudah dengan butang pengatup hadapan dan ciri
Pengatup Gerakan.
Sambungan Wayarles
Ubah telefon pintar anda menjadi alat kawalan jauh
kamera yang membolehkan anda menghantar imej
yang dirakam dengan kamera anda ke telefon pintar
anda.
Kongsi Satu Kali
Kongsi imej yang dipilih untuk dilihat pada telefon
pintar yang tidak dipasangkan dengan kamera.
Aplikasi Scene perlu dipasang pada telefon pintar
untuk menggunakan Kongsi Satu Kali.
Foto Sorotan
Anda boleh ubah tetapan kamera untuk memilih
sorotan syot kilat secara automatik dan menjana kolaj
daripadanya.
Filem Sorotan
Anda boleh ubah tetapan kamera untuk memilih syot
kilatan gambar dan sorotan filem secara automatik,
dan membuat filem daripadanya.
*Lihat halaman 19, 65, 109 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 154 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 164 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 139 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 137 untuk maklumat lanjut.
Kommentare zu diesen Handbüchern