Casio EX-ZR5000 Bedienungsanleitung Seite 172

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 242
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 171
172
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Anda boleh mendayakan tetapan di bawah supaya telefon pintar memperoleh dan
merekod maklumat lokasi (latitud dan longitud) apabila anda merakam syot kilat
dengan kamera. Kemudian, apabila anda menghantar syot kilat ke telefon pintar,
maklumat lokasi akan ditambah padanya. Ambil maklum bahawa maklumat lokasi itu
tidak ditambahkan ke filem atau ke imej yang dirakam dengan Syot Kilat Selang.
Maklumat lokasi boleh direkod hanya semasa terdapat sambungan teknologi
wayarles Bluetooth antara kamera dengan telefon pintar.
Untuk memilih “Hidup” untuk tetapan “Maklumat lokasi” kamera, pasangkan
kamera dengan telefon pintar (halaman 160).
Semasa “Hidup” dipilih untuk“Maklumat lokasi”, telefon pintar mendapatkan dan
merakam maklumat lokasi setiap kali anda merakam syot kilat dengan kamera.
Maklumat lokasi tidak ditambah ke data syot kilat yang disimpan dalam memori
kamera. Ia ditambah apabila syot kilat ditambah ke telefon pintar.
Untuk menggunakan fungsi ini, perkhidmatan lokasi telefon pintar anda perlu
didayakan, dan ia mesti berada di tempat di mana maklumat lokasi boleh diterima.
Maklumat lokasi tidak akan tersedia untuk ditambah ke imej jika telefon pintar tidak
dapat menerima maklumat lokasi.
Anda boleh semak sama ada maklumat lokasi telah berjaya ditambah pada skrin
terima imej telefon pintar.
Telefon pintar boleh menyelenggara sehingga 10,000 rekod lokasi. Jika sudah
terdapat 10,000 rekod, merakam syot kilat baharu akan menyebabkan rekod lokasi
paling lama dipadamkan untuk memberi ruang kepada syot kilang baharu.
Mendayakan perkhidmatan berdasarkan lokasi menyebabkan maklumat lokasi,
dan maklumat lain yang boleh dikenalpasti secara peribadi dimasukkan ke dalam
data syot kilat. Berhati-hati apabila berkongsi atau menerbitkan imej seperti itu
pada perkhidmatan web, dsb.
Kamera ini tidak direka bentuk untuk tujuan menavigasi, meninjau atau aktiviti lain
yang memerlukan instrumen kepersisan.
Tambah Maklumat Lokasi pada Syot Kilat (Maklumat lokasi)
Nama item: Maklumat lokasi
Tetapan Penerangan
Hidup
Telefon pintar memperoleh dan merekod maklumat lokasi apabila
syot kilat dirakam dan menambahnya pada data imej apabila syot
kilat dihantar ke kamera.
Mati Maklumat lokasi tidak diperoleh atau ditambah.
Seitenansicht 171
1 2 ... 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 ... 241 242

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare