Casio GEC-10 Bedienungsanleitung Seite 79

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 99
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 78
79
Lampiran
. Pembersihan selepas Penggunaan
Lakukan langkah-langkah berikut untuk membersihkan produk selepas
menggunakannya di bawah air atau selepas ia menjadi kotor dengan pasir, kotoran,
atau selut. Ambil perhatian bahawa [USB] penutup perlu ditutup dengan kemas
apabila melakukan langkah-langkah ini.
1. Rendam produk dalam air tawar.
Isikan baldi atau bekas lain dengan air paip atau air tawar
lain, dan rendam produk selama lebih kurang 10 minit. Lap
habuk, kotoran, pasir, dan bahan lain daripada produk
dengan lembut dengan jari anda.
2. Mengelap semua kelembapan.
Gunakan kain lembut yang bersih dan kering untuk mengelap kering produk.
Kelembapan mungkin kekal di atas [USB] penutup, walaupun selepas anda
selesai mengelap kering produk. Dengan [USB] penutupnya terbuka,
tinggalkan produk di bawah teduhan di lokasi yang mempunyai pengudaraan
yang baik untuk kering sepenuhnya. Menutup [USB] penutup semasa masih
ada titisan air mencipta risiko hakisan dan kegagalan fungsi.
Suhu air yang digunakan untuk membersihkan produk seharusnya tidak lebih dari
30°C. Jangan sekali-kali gunakan detergen, air panas, atau air yang mengalir
deras untuk membersihkan produk. Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kebocoran dan malfungsi.
Jangan sekali-kali ayun produk untuk mengeluarkan air, dan jangan sekali-kali
gunakan alat pengering atau haba kuat yang lain untuk mengeringkannya.
Jangan sekali-kali letakkan produk di dalam mesin basuh untuk membersihkannya.
. Langkah berjaga-jaga selepas Penggunaan
Jangan biarkan produk di lokasi yang bersuhu sangat rendah (di mana air
membeku) atau sangat tinggi. Khususnya, elakkan dari meninggalkan produk di
kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari terik, di dalam kenderaan
bermotor pada hari panas, dsb. Melakukan sedemikian boleh mengakibatkan
kerosakan pada ciri kalis simbah.
Jangan sekali-kali gunakan agen kimia bagi tujuan pembersihan, kalis karat, kalis
lembap, dsb. Berbuat demikian boleh menyebabkan kehilangan ciri kalis simbah.
Jika produk basah dengan air laut atau air sungai, gunakan prosedur di bawah
“Pembersihan selepas Penggunaan” untuk membersihkannya. Jangan biarkan
produk kekal basah untuk lebih daripada satu jam. Kegagalan berbuat demikian
boleh mengakibatkan kemerosotan kemasan luaran dan ciri-ciri kalis simbah.
Untuk mengekalkan ciri kalis simbah, penggantian gasket produk disyorkan sekali
setahun. Ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj untuk penggantian
gasket. Hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO atau penjual asal anda untuk
penggantian gasket.
Seitenansicht 78
1 2 ... 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 ... 98 99

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare