
51
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Kamera anda boleh menyambung ke telefon pintar menggunakan teknologi wayarles
Bluetooth atau wayarles LAN. Sambungan boleh dilakukan menggunakan
pengendalian pengawal. Anda juga boleh menggunakan pengendalian pengawal
untuk menghantar imej kamera kepada telefon pintar.
• Untuk mengawal kamera dari telefon pintar, anda perlu memasang aplikasi
G’z EYE.
• Jangan gunakan pengawal ini di dalam pesawat atau di tempat lain di mana
penggunaan komunikasi wayarles dihalang atau dilarang.
• Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak boleh memain semula fail filem
daripada kamera anda.
• Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Selepas menerima fail kamera, melaksanakan
operasi yang dikehendaki pada telefon pintar anda untuk memeriksa jika fail telah
disimpan dengan betul.
• Filem yang diterima pada terminal Android
™:
– Filem tidak dipaparkan oleh aplikasi Galeri. Filem disimpan dalam folder yang
dinamakan G’z EYE.
– Pemain filem berasingan diperlukan untuk main semula filem (yang failnya
mempunyai sambungan nama fail MOV).
– Bergantung pada pemain filem anda, anda mungkin tidak boleh memainkan
filem dan/atau audio.
• Imej yang dirakam pada kamera pengeluar yang lain tidak boleh dihantar
menggunakan fungsi ini.
Kommentare zu diesen Handbüchern