Casio GZE-1 Bedienungsanleitung Seite 68

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 98
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 67
68
Lampiran
. Pembersihan selepas Penggunaan
Lakukan langkah-langkah berikut untuk membersihkan kamera selepas
menggunakannya di bawah air atau selepas ia menjadi kotor dengan pasir, kotoran,
atau selut. Ambil perhatian bahawa penutup perlu ditutup dengan kemas apabila
melakukan langkah-langkah ini.
1. Rendam kamera dalam air tawar.
Isikan baldi atau bekas lain dengan air paip atau air tawar
lain, dan rendam kamera selama lebih kurang 10 minit. Lap
habuk, kotoran, pasir, dan bahan lain daripada kamera
dengan lembut dengan jari anda.
Jangan gosok permukaan lensa semasa dalam keadaan
yang kotor.
2. Mengelap semua kelembapan.
Gunakan kain lembut yang bersih dan kering untuk mengelap kering kamera
dan kemudian tinggalkan kamera di bawah teduhan di lokasi yang mempunyai
pengudaraan yang baik untuk kering sepenuhnya. Menutup penutup ketika
masih ada titisan air mewujudkan risiko kakisan dan kerosakan.
Suhu air yang digunakan untuk membersihkan kamera seharusnya tidak lebih dari
30°C. Jangan sekali-kali gunakan detergen, air panas, atau air yang mengalir
deras untuk membersihkan kamera. Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kebocoran dan malfungsi.
Jangan sekali-kali ayun kamera untuk mengeluarkan air, dan jangan sekali-kali
gunakan alat pengering atau haba kuat yang lain untuk mengeringkannya.
Jangan sekali-kali letakkan kamera di dalam mesin basuh untuk
membersihkannya.
. Langkah berjaga-jaga selepas Penggunaan
Jangan tinggalkan kamera di lokasi yang terdedah kepada suhu yang sangat tinggi
atau suhu yang sangat rendah (di tempat air membeku). Khususnya, elakkan dari
meninggalkan kamera di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari terik, di
dalam kenderaan bermotor pada hari panas, dsb. Melakukan sedemikian boleh
mengakibatkan kerosakan pada ciri kalis simbah.
Jangan sekali-kali gunakan agen kimia bagi tujuan pembersihan, kalis karat, kalis
lembap, dsb. Berbuat demikian boleh menyebabkan kehilangan ciri kalis simbah.
Gunakan prosedur di bawah “Pembersihan selepas Penggunaan” membersihkan
kamera dalam masa 60 minit selepas menggunakan kamera di dalam air.
Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kemerosotan kemasan luaran
dan ciri-ciri kalis simbah.
Untuk mengekalkan ciri kalis simbah, penggantian gasket kamera disyorkan sekali
setahun. Ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj untuk penggantian
gasket. Hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO atau penjual asal anda untuk
penggantian gasket.
Seitenansicht 67
1 2 ... 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 ... 97 98

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare