
22
Asas Mula Pantas
• Matikan kamera sebelum menggantikan kad memori. Menggantikan kad semasa
kamera dihidupkan boleh mengakibatkan imej yang direkod tidak disimpan dan
malahan merosakkan kad memori.
Kamera anda mempunyai teknologi wayarles Bluetooth
®
dan kefungsian wayarles
terbina dalam. Selepas menetapkan sambungan wayarles antara kamera dan telefon
pintar yang mempunyai apl G’z EYE dipasang, anda boleh menggunakan telefon
pintar untuk menangkap imej dan mengkonfigurasi tetapan kamera. Imej yang
ditangkap dengan kamera boleh dihantar ke telefon pintar.
• Kamera anda ialah peranti Bluetooth. Kamera
anda boleh bersambung menggunakan
teknologi wayarles Bluetooth dengan telefon
pintar yang menyokong Bluetooth.
• Di dalam pesawat atau di mana sahaja penggunaan komunikasi wayarles
dihadkan atau dilarang, jangan guna kamera ini.
• Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak boleh memain semula fail filem
daripada kamera anda.
• Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Menerima fail kamera, melaksanakan operasi
yang dikehendaki pada telefon pintar anda untuk memeriksa jika fail telah disimpan
dengan betul.
• Filem yang diterima pada terminal Android
™:
– Filem tidak dipaparkan oleh aplikasi Galeri. Filem disimpan dalam folder
bernama aplikasi G’z EYE.
– Pemain filem yang menyokong main semula fail MP4 dan MOV diperlukan untuk
main semula. Jenis fail yang disokong untuk main semula bergantung kepada
telefon pintar yang anda gunakan.
– Bergantung pada pemain filem anda, anda mungkin tidak boleh memainkan
filem dan/atau audio.
• Imej yang dirakam pada kamera pengeluar yang lain tidak boleh dihantar
menggunakan fungsi ini.
• Ambil perhatian bahawa menggunakan fungsi wayarles memerlukan lebih banyak
penggunaan bateri berbanding biasa. Pastikan bateri kamera telah dicas
secukupnya sebelum memulakan operasi LAN wayarles.
• Julat operasi bergantung pada persekitaran komunikasi setempat dan jenis telefon
pintar yang disambung.
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Kommentare zu diesen Handbüchern