
19
Asas Mula Pantas
• Setiap negara mengawal ofset masa tempatannya sendiri dan penggunaan masa
musim panas, maka ia tertakluk pada perubahan.
• Mengeluarkan bateri daripada kamera terlalu cepat selepas mengkonfigurasi
tetapan masa dan tarikh buat kali pertama boleh menyebabkan tetapan ditetapkan
semula kepada lalai kilangnya. Jangan keluarkan bateri untuk sekurang-kurangnya
24 jam setelah mengkonfigurasi tetapan.
Walaupun kamera memiliki memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk
menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia
secara komersil untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad
memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad
memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina
dalam.
• Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 124.
. Kad Memori yang Disokong
– Kad Memori SD
– Kad Memori SDHC
– Kad Memori SDXC
• Di atas adalah jenis kad memori yang disokong sehingga bulan Ogos 2012.
• Kamera ini menyokong penggunaan kad memori SD daripada jenis dan kapasiti
berikut: kad memori SD sehingga 2 GB, kad memori SDHC daripada 2 GB
sehingga 32 GB, kad memori SDXC daripada 32 GB sehingga 2 TB. Ambil
perhatian bahawa keupayaan untuk menggunakan mana-mana kad tertentu
dengan kamera ini, walaupun ia memenuhi keperluan kapasiti dan jenis di atas,
adalah tidak dijamin.
• Kamera ini menyokong penggunaan kad Eye-Fi.
Jika anda melakukan kesalahan mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh
dan masa dengan prosedur di atas, rujuk halaman berikut untuk maklumat
mengenai cara membetulkan tetapan.
– Bahasa paparan: Halaman 99
– Tarikh dan masa: Halaman 98
Menyediakan Kad Memori
Kommentare zu diesen Handbüchern