
51
Merakam Imej
• Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan.
Kamera mungkin secara automatik melaras kecerahan skrin monitornya untuk
mengurangkan penghasilan haba.
• Kamera juga merakam audio bersama filem HD dan Full
HD. Ambil perhatian tentang perkara berikut apabila
merakam filem.
– Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda
dsb.
– Hasil rakaman audio yang baik tidak mungkin jika
kamera terlalu jauh daripada apa yang anda cuba rakam.
• Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat
bersuhu tinggi boleh menyebabkan hingar digital (tompok cahaya) muncul dalam
imej filem. Peningkatan suhu di dalam kamera juga mungkin menyebabkan
rakaman filem dihentikan secara automatik. Jika ini berlaku, berhenti merakam dan
biarkan kamera menyejuk, dan operasi normal boleh diteruskan selepas itu.
• Penggunaan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Khususnya, filem berkualiti tinggi mungkin
tidak boleh disimpan dengan betul. Memori kad yang perlahan mungkin mengambil
masa yang lama untuk merakam data dan menyebabkan pecahan pada imej dan/
atau audio ketika dimain semula. Jika ini berlaku, ikon filem pada skrin monitor
akan bertukar menjadi kuning.
• Kecuali Filem Berkelajuan Tinggi, operasi zum disokong semasa rakaman filem
(halaman 47). Zum dinyahdayakan semasa rakaman filem berkelajuan tinggi. Jika
anda ingin menggunakan zum, lakukan operasi zum sebelum anda menyentuh
“ ” (Filem) untuk mula merakam.
• Zum SR (halaman 47) dinyahdayakan semasa rakaman filem.
• Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam
pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar. Jadi, anda disarankan
menstabilkan kamera dengan meletakkannya pada permukaan rata, dsb.
• Semasa rakaman Filem Berkelajuan Tinggi, fokus ditetapkan di posisi semasa
rakaman dimulakan. Untuk memfokuskan imej, tekan separa butang pengatup
untuk Fokus Auto sebelum anda sentuh “ ” (Filem) untuk mula merakam.
Kommentare zu diesen Handbüchern