Casio GZE-1 Bedienungsanleitung Seite 88

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 98
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 87
88
Lampiran
Apabila mengalami masalah...
Pencarisilapan
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Bekalan Kuasa
Kuasa tidak hidup. 1)Bateri kamera baru tidak dicas. Cas bateri kamera sebelum
menggunakan kamera.
2)Bateri kamera mungkin telah habis. Caskan bateri
(halaman 12). Jika ini tidak menyelesaikan masalah,
hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO.
Kamera terpadam
secara tiba-tiba.
1)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 12).
2)Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan
kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan
tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk
menggunakannya semula.
3)Jika, selepas anda menghidupkan kuasa, lampu operasi
[POWER] berkelip merah dan kuasa dimatikan, ini mungkin
bermakna ralat lensa atau ralat lain telah berlaku. Periksa
untuk memastikan bateri dicas dan cuba hidupkan kuasa lagi
beberapa kali. Jika kuasa masih tidak boleh dihidupkan,
hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO.
Kuasa tidak dapat
dimatikan. Tiada
apa-apa yang
berlaku apabila
butang ditekan.
Keluarkan bateri daripada kamera dan kemudian
masukkannya semula.
Mengecas
Lampu [POWER]
tidak bercahaya
merah dan bateri
tidak akan dicas.
1)Tanggalkan kabel USB daripada kamera dan kemudian
sambungkannya semula.
2)Pastikan kamera dimatikan apabila anda menyambungkan
kabel USB. Pengecasan tidak akan bermula jika anda
menyambung kabel USB semasa kuasa dihidupkan.
Rakaman Imej
Imej tidak dirakam
apabila butang [r/
SLOW] ditekan.
Jika lampu [SYSTEM] berkelip merah atau jika mesej “Memori
Penuh” muncul pada Pengawal Dengan LCD, pindahkan imej
ke komputer anda dan kemudian padamkan imej yang anda
tidak perlukan lagi atau gunakan kad memori yang lain.
Imej tidak terfokus
dengan betul.
Jika lensa kotor, bersihkannya.
Seitenansicht 87
1 2 ... 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 ... 97 98

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare