Casio GZE-1 Bedienungsanleitung Seite 67

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 98
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 66
67
Lampiran
Periksa permukaan sentuhan penutup gasket untuk kotoran, pasir dan apa jua
benda asing. Bersihkan permukaan sentuhan dengan mengelapnya dengan kain
lembut, bersih dan kering. Ambil perhatian bahawa sehelai rambut atau sebutir
pasir boleh menyebabkan air masuk ke dalam kamera.
Periksa penutup gasket kalis simbah bebas dari rekahan, calar dan sebarang
kerosakan lain.
Tutup penutup dengan kemas.
Produk ini akan tenggelam jika diletakkan di dalam air.
Ciri kalis simbah kamera ini melindunginya daripada air masin dan air tawar
sahaja. Perlindungan tidak diberikan terhadap mata air panas.
Jangan tinggalkan kamera untuk tempoh masa yang lama di lokasi yang terdedah
kepada suhu yang sangat tinggi atau suhu yang sangat rendah (di tempat air
membeku). Khususnya, elakkan dari meninggalkan kamera di kawasan yang
terdedah kepada cahaya matahari terik, di dalam kenderaan bermotor pada hari
panas, dsb. Mana-mana keadaan ini boleh mengakibatkan kerosakan pada ciri
kalis simbah.
Komunikasi wayarles dengan teknologi LAN wayarles atau wayarles Bluetooth
tidak disokong di bawah permukaan air.
. Langkah berjaga-jaga semasa Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
Kamera direka bentuk untuk penggunaan pada kedalaman tidak lebih daripada
50.0 meter dan suhu air dalam julat 0
°C hingga 40°C .
Jangan biarkan kamera berada dalam air lebih lama daripada 30 minit.
Jangan sekali-kali buka penutup semasa kamera terendam dalam air.
Berhati-hati untuk tidak jatuhkan kamera ke dalam air atau membiarkannya
menyentuh permukaan air. Berbuat demikian boleh menyebabkan kebocoran.
. Langkah berjaga-jaga selepas Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
Sebelum membuka penutup, gunakan kain bersih, lembut dan kering untuk
mengelap kamera supaya bebas daripada kelembapan dan kotoran.
Titisan air boleh masuk ke dalam permukaan penutup semasa ia terbuka. Pastikan
untuk mengelap semua lembapan daripada permukaan dalam penutup sebelum
menutupnya. Baki titisan air boleh masuk ke dalam komponen kamera dan
menyebabkan kerosakan.
Seitenansicht 66
1 2 ... 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 ... 97 98

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare