Casio EX-TR15 Bedienungsanleitung Seite 49

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 139
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 48
49
Merakam Imej
Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan.
Kamera mungkin secara automatik melaras kecerahan skrin monitornya untuk
mengurangkan penghasilan haba.
Kamera juga merakam audio bersama filem HD dan Full
HD. Ambil perhatian tentang perkara berikut apabila
merakam filem.
Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda
dsb.
Hasil rakaman audio yang baik tidak mungkin jika
kamera terlalu jauh daripada apa yang anda cuba rakam.
Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat
bersuhu tinggi boleh menyebabkan hingar digital (tompok cahaya) muncul dalam
imej filem. Peningkatan suhu di dalam kamera juga mungkin menyebabkan
rakaman filem dihentikan secara automatik. Jika ini berlaku, berhenti merakam dan
biarkan kamera menyejuk, dan operasi normal boleh diteruskan selepas itu.
Menggunakan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Di mana mungkin gunakan kad memori Ultra
High-Speed Type. Namun ambil perhatian bahawa bukan semua operasi boleh
dijamin walaupun kad memori Ultra High-Speed Type digunakan. Tetapan kualiti
filem tertentu mungkin mengakibatkan masa yang lama digunakan untuk merakam
data, di mana ini boleh menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio semasa
main semula. Jika ini berlaku, ikon filem akan bertukar menjadi kuning pada skrin
monitor.
Kecuali Filem Berkelajuan Tinggi, operasi zum disokong semasa rakaman filem
(halaman 44). Zum dinyahdayakan semasa rakaman filem berkelajuan tinggi. Jika
anda ingin menggunakan zum, lakukan operasi zum sebelum anda menyentuh
b” (Filem) untuk mula merakam.
Zum SR (halaman 44) dinyahdayakan semasa rakaman filem.
Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam
pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar. Jadi, anda disarankan
menstabilkan kamera dengan meletakkannya pada permukaan rata, dsb.
Semasa rakaman Filem Berkelajuan Tinggi, fokus ditetapkan di posisi semasa
rakaman dimulakan. Untuk memfokuskan imej, tekan separa butang pengatup
untuk Fokus Auto sebelum anda sentuh “b” (Filem) untuk mula merakam.
Mikrofon
Seitenansicht 48
1 2 ... 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 ... 138 139

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare