Casio EX-ZS12 Bedienungsanleitung Seite 113

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 136
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 112
113
Lampiran
Jika anda menyedari kebocoran, bau pelik, penjanaan haba, pengubahan warna,
perubahan bentuk atau sebarang keadaan luar biasa lain semasa mengguna,
mengecas atau menyimpan bateri, segera keluarkannya daripada kamera dan
jauhkannya daripada nyalaan api.
Jangan gunakan atau tinggalkan bateri di bawah cahaya matahari, dalam
kenderaan yang diletakkan di bawah matahari atau di mana-mana kawasan lain
yang terdedah pada suhu yang tinggi. Perbuatan itu boleh merosakkan bateri dan
menyebabkan prestasinya merosot dan pengurangan hayat perkhidmatan.
Jika pengecasan bateri tidak berhenti dalam masa pengecasan yang dinyatakan,
berhenti mengecas dan hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO tempatan anda.
Berterusan mengecas mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran
dan letupan.
Cecair bateri boleh merosakkan mata anda. Jika cecair bateri termasuk ke dalam
mata anda, segera bilas mata anda dengan air paip bersih dan kemudian hubungi
pakar perubatan.
Pastikan membaca dokumen pengguna yang disertakan bersama kamera dan unit
penyesuai USB-AC khas sebelum mengguna atau mengecas bateri.
Jika bateri akan digunakan oleh kanak-kanak, pastikan seorang dewasa
menerangkan peringatan dan arahan pengendalian yang betul kepada mereka dan
pastikan mereka mengendalikan bateri dengan betul.
Jika cecair bateri terkena pakaian atau kulit anda, segera basuh dengan air paip
yang bersih. Sentuhan berpanjangan dengan cecair bateri boleh menyebabkan
kerengsaan kulit.
. Hayat Bateri
Masa operasi berterusan bateri yang dinyatakan dalam manual ini menunjukkan
anggaran jumlah masa sebelum kamera terpadam kerana kuasa bateri yang
lemah apabila dikuasakan oleh bateri khas dalam keadaan suhu biasa (23°C). Ia
tidak menjamin anda boleh mencapai tahap operasi yang dinyatakan. Hayat bateri
sebenar bergantung pada suhu sekeliling, keadaan penyimpanan bateri, tempoh
masa dalam simpanan dsb.
Membiarkan kamera terpasang boleh melemahkan bateri dan menyebabkan
amaran bateri rendah muncul. Matikan kamera apabila anda tidak
menggunakannya.
Amaran bateri rendah menunjukkan kamera akan dimatikan kerana kuasa bateri
rendah. Cas bateri secepat mungkin. Membiarkan bateri rendah atau mati di dalam
kamera boleh menyebabkan kebocoran bateri dan kerosakan data.
Seitenansicht 112
1 2 ... 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 ... 135 136

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare